Sunday, January 4, 2009

Doa untuk Rakyat Palestine

Berikut adalah khutbah kedua bagi khutbah Jumaat yang disediakan oleh pihak Muis yang ditujukan pada umat Islam di Palestine. Semoga bermanfaat hendaknya bagi sesiapa yang tidak dapat hadir pada Jumaat lepas.

Saudara Kaum Muslimin Rahimakumullah,
Bertaqwalah kita kepada Allah s.w.t ddengan melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala tegahan. Setiap dari kita cintakan keamanan dan kesejahteraan di dalam kehidupan ini. Oleh itu pastinya kita akan merasa sedih apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita keganasan di Timur Tengah yang melibatkan banyak jiwa tidak berdosa telah terkorban. Ramai penduduk yang tidak bersalah telah terbunuh, rumah penginapan mereka hancur musnah dan ramai lagi yang terselamat sekarang ini pula pastinya hidup di dalam keadaan ketakutan dan keresahan.

Sebagai masyarakat rahmah, kita amat sedih dengan peristiwa yang berlaku ini dan bersimpati terhadap keluarga-keluarga mangsa dalam tragedi tersebut. Mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan kekuatan dan ketabahan terhadap keluarga-keluarga mereka dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar lagi tidak menentu ini.

Kita berdoa dan berharap agar semua pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan segala keganasan dan serangan dan menghormati nilai jiwa manusia. Semoga mereka dapat menjauhkan diri dari lebih banyak pertumpahan darah dan pengorbanan jiwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, bantulah saudara-saudara kami dalam menghadapi ujian ini dan janganlah Engkau biarkan mereka bersendirian menghadapi ujian ini. Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, kukuhkanlah keyakinan mereka, utuhkanlah kedudukan mereka, lindungilah mereka dan janganlah Engkau palingkan rahmat-Mu daripada mereka. Berikanlah mereka petunjuk dan mudahkanlah bagi mereka menerima petunjuk-Mu.

Ya Allah, satukanlah perhimpunan umat ini dengan rasa penuh ihsan dan simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kami. Sepadukanlah jiwa-jiwa mereka dengan rasa muhibbah serta kasih sayang. Kukuhkanlah azam mereka dalam membuat kebajikan dan kebaikan amal.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, maafkanlah keterlanjuran kami dalam mengatur urusan kami. Teguhkanlah pendirian kami dan bantulah mereka dan kami dalam menghadapi ujian yang sungguh berat ini.

Ya Allah, jadikanlah negara kami Singapura ini sebuah negara yang aman makmur, tenteram dan maju jaya. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Duhai Hakim yang amat adil penghakiman-Nya, Wahai Perencana yang Maha Hebat Perencanaan-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


taken frm Ustaz Yusri blog : http://abahyasir.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

I am a blog-reader & I happened to come across your blog.

All your posts/entries are very interesting & I'm looking forward to the next one.

As a muslim myself, I hope to know more regarding Islam & the events that are occuring in the world that is related to Islam.

Thank you for the information that you've provided to blog readers, like myself.

Hope to hear from you more.

The Stranger said...

Thanks for your compliment.
I appreaciate it.