Monday, August 18, 2008

Apabila Umat berselisih Pendapat. (My thoughts in Malay)

Dalam penghidupan kita yg bersosial ini ,apabila isssue2 yg berkaitan dengan Agama di bring up kadangkala perbalahan akan timbul. Apabila pendapat kita berbeza sesuatu friction akan timbul sesama kita. Yang amat saya risau ialah sekiranya perbezaan pendapat itu merosak atau merenggangkan atau menjejaskan perhubungan kita sesama teman Islam kita.

So skarang masing2 mempunyai pendapat sendiri. Apakah harus kita sebagai umat Islam lakukan sekiranya persilisihan berlaku?

Mengenai masalah seperti ini Allah S.W.T berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisaa 59)

Saya ingin mengatakan bahawa saya bukanlah seseorang yg arif dalam masalah agama.

Saya cuma boleh menasihati diri saya ini begitu juga dengan pembaca supaya kita berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah Rasullulah diikuti degan ijma dan qiyas ulama.

Mengenai issue2 yg tentang perbezaan dan bertaksub pendapat mazhab,ingin saya memetik beberapa kata oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ulama yg amat saya hormati dan Tokoh fikah, Dr. Wahbah al-Zuhaili yg amat saya segani.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah s.w.t. Seakan-akan menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.''


Tambah Dr. Yusuf al-Qaradawi “Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.”

Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunah patut dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi yang baru menganut Islam.
Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al- Sunah. Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang Muslim bebas dari terikat dengan mana- mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja.

“Inilah jalan para sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fikah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah 2001).


Tokoh fikah, Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyebut: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafii atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya.

''Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah: (maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui. Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabat dan tabien tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam atau mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat.''

“Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh… Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan – seperti yang dijelaskan. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum yang telah ditetapkan oleh mazhab- mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya.” (Al-Zuhaili, Dr. Wahbah, al-Rukhas al- Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair 1993).

No comments: