Sunday, August 31, 2008

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam (Malay)

To my english speaking readers, im sorry as my post is in Malay. This post is specially post for Malay Muslims who wants to know the difference between their Malay culture and their Religion and research if their Culture oppose the rulings from Islam.

Ok mari saya mula lah kan. Bujang2 mcm kite nie, diantara topik agama yg akan dibuka dgn rakan2 ialah tentang perkawinan. Khawin,khawin,khawin. Diantara soalan yg di discuss ialah duit hantaran dan persandingan. Perlu ker kite buat perkara itu?
Adakah ia satu kewajibpan? Sunnah? Adat Melayu yg tidak bertentang syarak? Adat yg bertentang syarak? Makruh? Atau bid'ah dalam agama?

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
2. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
3. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
4. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Rujukan
Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

No comments: