Thursday, December 11, 2008

Tidak Usah Berburuk Sangka

Dalam masalah agama kadangkala kita berselisih faham dan pendapat. Tetapi aku tak boleh angkat sekiranya bila aku atau organisasi aku ditudoh bukan2. Bila dibagi muka mereka pijak kepala. Bila aku tak mahu ikut sesuatu ibadah yang tidak berteraskan dalil mereka mengatakan aku di influence oleh organisasi aku dengan bermazhab 'Muhammadiyah' atau Wahabbi.
Mereka mengatakan orang2 Muhammadiyah dan Wahabbi tidak membuat kenduri tahlil lah..tak ada nisfu syabaan lah... tak buat maulud lah..bla bla bla. Sebenarnya aku tidak ada masa nak layan benda remeh2 macam gini. Masyarakat kita di Singapura ini yang dibelenggu dengan gejala sosial seperti dadah,seks luar nikah, kadar perceraian yang tinggi masih belum ditangani dan kau masih nak buang masa dgn berbual mengenai issue yang remeh temeh ?? Aku boleh dan terbuka untuk berdiskusi perkara2 dalam agama secara ilmiah.. Tetapi bila kau datang kat aku tanpa dalil dan aku research dan beri kau dalil dari Quran dan Hadith lalu kau tanak accept; then Jangan Buang Masa aku.


''Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.'' (An-Nisaa:59)



4 comments:

Anonymous said...

Full text: http://drmaza.com/home/wp-content/wahhabi.pdf

[Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak
pasti dan berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah
sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang
lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia
tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih
bermaksud subhana Allah.Setahu kita mereka ini menyebutnya.

Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokohtokoh
semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-
Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang
dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai
kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat
puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari
harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh,
maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta
benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang
memanggil dan memakannya”. ]

Nazmi said...

Another good point. Thanks for the comment.

Anonymous said...

Afwan

ISLAM, IMAN DAN IHSAN said...

A very good point, anony..
Saya juga pengagum pandangan Dr Maza...
Nazmi, saya angkat topi juga pada awak...cuma saya nak ingatkan, untuk mengembalikan masyarakat kepada jalan Quran dan Sunnah memerlukan ilmu dan kesabaran. Ilmu dakwah bukan senang nak dicapai, sabar, sabar dan seribu kali sabar amatlah diperlukan. Juga perlu ingat, siapalah kita ini???? Kita,atau assatizah sekalipun, tak berhak melabel ataupun menghukumkan orang lain...Itu semua hanya Allah yang berhak.
But, awak masih boleh juga mengatakan pendirian awak, terpulang kepada sesiapa yang nak setuju ke tidak. Perbezaan pendapat selagi tidak melencong ketetapan Allah kenalah kita hormati.